Thursday, March 6, 2014

LuKa SeOrAnG tEmAn...

Hadirnya sahabat kerana ukhwah
hancurnya ikatan kerana fitnah

Dalam kepayahan menahan derita
gugur jua titisan air mata
di pipi sahabat mulia Rasulullah S.W.T.
menjadi bukti kesetiaan
Abu Bakar as-siddiq

Teman,
sekiranya tabir sejarah ini tersingkap
betapa ku cuba menjadi seperti beliau
tapi mengapa tidak ku jaga
lantas ku disisih
ditinggal sepi sendiri
adakah ketidaksempurna ku
mengganggu waktu mu
adakah gurauan ku
menjengkelkan mu

Teman,
seandainya kesetiaanmu masih bersisa
dengarlah apa yang ingin ku bicarakan

Ukhwah itu tali penghubung
tempat kita saling bergantung
bertemu,berpisah demi mencari redha-Nya

namun persahabatan kita
meninggalkan kepedihan dan kelukaan
pada diri ku dan teman ku tersayang
kerana itu mengajar kita lebih dewasa

Luka seorang teman terubat
bila melihat temannya tersenyum
sentiasa mendoakannya
tanpa pengetahuannya
itulah penawar rindu

rewrite: 26 January 2014
             11:15 PM

No comments:

Post a Comment