bibir terketar-ketar
mata makin memerah
kian sukar untuk bernafas
air mata menitis
dari mulanya perlahan
semakin lebat menuruni pipi
sebak rasanya hingga tersedu-sedan
tapi itu semua hanya
terjadi bila yang di sayangi
jauh dari padangan
bila berdepan
tiada kata-kata sayang
yang mampu dilafazkan
mengapa berat menyatakan sayang
mengapa sukar meminta maaf
mengapa payah untuk berterima kasih
apakah yang hilang jika diluahkan
apakah yang ditakuti bila jujur
kasih yang tak pernah pudar
kasih yang tidakkan pernah sirna
kasih yang utuh berpadu
tidakkan pernah ditinggalkan
meskipun menggunung kekurangan
Ya ALLAH yang Maha Penyayang
terima kasih kerana
menghadaihi insan yang terbaik
terima kasih kerana didikannya
Engkau sentiasa menjadi keutamaan sebelum dirinya
No comments:
Post a Comment