
Jika dilihat pada zahirnya,
Seolah-olah dunia ini milik kita,
Tapi hakikatnya adalah milik-NYA,
Jika dilihat pada keindahan,
Seolah-olah tiada keperitan,
namun hakikatnya sakit hanya disimpan,
Jika dilihat pada kecantikan,
Seolah-olah segalanya sempurna,
Sedangkan kita hamba yang serba kekurangan,
Jika dilihat pada tingkah laku sopan,
Seakan terasa diri begitu berbudi pekerti,
Benarkah ia dalam dunia yang nyata,
Atau sekadar khayalan di minda?
Segalanya tipuan duniawi,
Yang bisa diketahui,
Namun mengapa masih tak endah?
Apakah kerana keliru?
Apakah kerana terlalu cintakan dunia?
Apakah alasan mu???
Tepuklah dada,
Tanyalah iman,
Sejauh mana perjalananmu?
Sebanyak mana nikmat kau peroleh?
Apakah kau bersyukur dengan apa yang di kurniakan?
Segalanya persoalan tentang persona dunia,
Segalanya bermula dari diri mu...........
No comments:
Post a Comment