Thursday, March 20, 2014

SiMpULaN KaSiH


amarah tak pernah hilang,
tapi sabar itu mengikis amarah,

hasad tak pernah terkubur,
tapi syukur itu tertanam kukuh, hapuskan hasad,

benci tak pernah terpencil,
tapi kasih dan sayang menghakis benci,

cemburu tidak pernah padam,
tapi keikhlasan melenturkannya,

putus asa tak pernah jemu menjenguk,
berserahlah pada-Nya jalan yang terbaik,

fitnah takkan tenggelam,
tanpa kepercayaan dan keyakinan yang utuh,

musibah takkan berakhir
tanpa usaha untuk mengubahnya menjadi muhibbah,

pengakhirannya kisah kasih ini
adalah sebahagian dari kasih-NYA,
keikhlasan lahir tanpa bibir menuturkannya,

kasih makhluk....
hargailah bila bersama,
kenangilah bila berjauhan,
sedekahkan doa bila merindui,
jika ALLAH lebih menyayanginya...
ketahuilah, kasih yang bersimpul kerana-NYA
akan berkekalan hingga ke akhirat

Monday, March 10, 2014

CiNtAkU...


mendungnya hari
menggamit diari
membuka lembaran
bagi mencipta
sebuah lukisan hati
cintaku pergi
dibawa pergi bersama angin
tanpa ku sedari
hatiku dilukai
cukuplah sekali
tak mungkin ku ulangi
jalan ini perlu diharungi
akan ku gapai cinta-NYA
yang sentiasa menunggu
dakapan kasih hamba-NYA
kembali ke pangkuan-NYA
kasih-NYA tidak pernah sirna
bahkan terang menerangi kegelapan
hadirlah duhai cinta yang hakiki
bermula segalanya
ku ikhlaskan kapada-MU Ya Rabb

p/s: 2009
       rewrite: 26 January 2014   11:40 pm

Thursday, March 6, 2014

LuKa SeOrAnG tEmAn...

Hadirnya sahabat kerana ukhwah
hancurnya ikatan kerana fitnah

Dalam kepayahan menahan derita
gugur jua titisan air mata
di pipi sahabat mulia Rasulullah S.W.T.
menjadi bukti kesetiaan
Abu Bakar as-siddiq

Teman,
sekiranya tabir sejarah ini tersingkap
betapa ku cuba menjadi seperti beliau
tapi mengapa tidak ku jaga
lantas ku disisih
ditinggal sepi sendiri
adakah ketidaksempurna ku
mengganggu waktu mu
adakah gurauan ku
menjengkelkan mu

Teman,
seandainya kesetiaanmu masih bersisa
dengarlah apa yang ingin ku bicarakan

Ukhwah itu tali penghubung
tempat kita saling bergantung
bertemu,berpisah demi mencari redha-Nya

namun persahabatan kita
meninggalkan kepedihan dan kelukaan
pada diri ku dan teman ku tersayang
kerana itu mengajar kita lebih dewasa

Luka seorang teman terubat
bila melihat temannya tersenyum
sentiasa mendoakannya
tanpa pengetahuannya
itulah penawar rindu

rewrite: 26 January 2014
             11:15 PM