Tuesday, November 26, 2013

sAmPAiKaN dOaKu..

untaian manik-manik air mata kian lebat ditubir mata
tanpa segan silu jatuh mengenai pipi
makin laju membasahi wajahku
seakan terhenti seketika dunia sekitarku
seakan aku tidak mahu teruskan waktu berdetik
biarkan waktu itu terhenti untuk seketika
atau untuk selamanya jika mungkin...
ah.....itu sudah tentu mustahil...
detik sesaat tidakkan pernah terhenti..
meskipun nyawa dan roh melayang pergi...
tapi yang pasti masa yang berlalu takkan pernah kembali...
yang hanya tinggal doa yang ikhlas...
kau beruntung masih punya zuriat...
semoga dia bisa mendoakan mu di sana...
aku di sini akan tetap mendoakan kebahagianmu...
semoga kau berbahagia di sana..
bersama para sahabat dan kekasih yang kau cintai...
Rasulullah...
semoga doaku ini sampai kepadamu...
yang telah jauh dari pandangan kami..
tapi ketahuilah...hati kami tetap bersama mu...

p/s: nukilan khas buat insan yang kami sayangi telah meninggalkan dunia ini, pada 26 NOV 2013. tetapi dia tak pernah hilang dari hati kami..

Wednesday, November 6, 2013

mAsiH aDa

ku melangkah laju...laju....selaju mungkin..
tanpa berpaling lagi...
namun tiba suatu ketika aku tersungkur...
lantas ku tersedar dari pelarianku..
pelarian terhadap dosa-dosaku yang lalu..

sebelum tiba saat langit-Mu meruntuh...
bumi meratah segala yang ada padanya..
apakah masih ada kesempatan..
untukku hamparkan permaidani taubat..
di taman keampunan-Mu..
berteduh dari bahang mentari-Mu...
di bawah pohonan rimbun kasih sayang-Mu...


tenanglah duhai hati yang gelisah..
janji Allah tidak pernah mungkir..
pintu taubat dibuka seluasnya..
hingga tiba satu yang telah dijanjikan-Nya..
mentari terbit di sebelah barat..
segala yang ada, dikumpulkan di suatu tempat..
untuk diperhitung amalan..

ya Allah,
masihkah ada lagi ruang untukku bersimpuh..
di lantai rahmat-Mu..
agar dapat ku tebarkan himpunan cinta ku..
pada lautan kasih-Mu..
agar dapat ku hembuskan rinduku...
dalam denyutan nafas ku...
yang ku abadikan hanya untuk Mu..

ya Allah,
ini rahsia cinta dan kasih ku..
indahnya tiada tandingan..
manisnya tiada saingan..
hanya Engkau Yang Maha Satu..

Bulan Muharam bulan pertama Hijrah

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.


Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Doa akhir tahun:

: dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.aw. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...
Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."

Doa awal tahun :

: dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...
Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Antara amalan sunat di Bulan Muharam dan 14 amalan sunat di hari Assyura

Amalan-amalan sunat:

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

pUiSi KeTikA CiNtA bErtAsBih...- hUsnA & AnA


cinta adalah kekuatan..
yang mampu mengubah duri jadi mawar..
mengubah cuka jadi anggur..
mengubah sedih jadi riang..
mengubah amarah jadi ramah...
mengubah musibah jadi muhibbah...
itulah cinta
- HUSNA

sekalipun cinta telah ku uraikan..
dan ku jelaskan panjang lebar..
namun jika cinta ku datangi..
aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
meskipun lidahku telah mampu menghuraikan..
namuntanpa lidah..
cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping..
begitu sampai kepada cinta..
dalam menghuraikan cinta...
akan terbaring tak berdaya..
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..
- ANA