Wednesday, October 23, 2013

sAhAbaT sELaMaNya...(part 1)

Kami berkenalan....mengikat untaian kasih sewaktu tingkatan peralihan..seakan tidak terasa masa berlalu pergi....10 tahun ukhwah kita bina...sentiasa utuh...dan semoga berkekalan kasih ke syurga...

tahun 2003, saya menjejakkan kaki ke Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu...sudah tentu ramai rakan baru saya jumpa..tapi kerana rakan sekelas saya, ZAINAB saya bertemu NURFAIZAH merangkap sepupunya...al-kisahnya mereka saling membantu meski kelas berlainan...dari situlah saya berkawan dgn NURFAIZAH sehinggalah sekarang...saya masih berhubung dengan ZAINAB tetapi agak jarang kerana dia dapat sambung tingkatan 1 pada tahun yang sama....tinggallah kami berdua kejar matlamat yang bermula dari peralihan..

dari tahun ke tahun, dan telah sedekad persahabatan kami...terlalu banyak kenangan kami..antaranya kami ulangkaji sama-sama untuk SPM...tapi saya banyak menyanyi untuk lepaskan tekanan berbanding ulangkaji...hahaha...saya ingat lagi ketika itu kami mengulang kaji di belakang perpustakaan di aras 3...tapi sekali pandang macam lepak je...hehehe...saya menyanyi lagu sahabat (devotees), apa lagi kawan saya pun turut sama walaupun suara kami tak enak didengar...hihihi....tapi kami gembira sebab lagu tu dah jadi lagu persahabatan kami....

2009 menjadi permulaan persahabatan jarak jauh....mesti kamu rasa pelik sebab yang biasa kamu dengar cinta jarak jauh...dan secara tak langsung melengkapkan rangkap akhir lagu SAHABAT....pada mulanya saya tak dapat lepaskan dia kerana bimbang terputus hubungan...tetapi ilmu perlu dicari, dikejar....ianya bukan datang bergolek...sebab yang membuatkan saya terima apa adanya....siapa saya untuk halang kejayaan dia...pada pertengahan tahun dia memasuki MATRIKULASI N.9....adui...nun jauh di selatan....saya masih di MMP untuk STAM...jika ada peluang ada saja waktu kami berjumpa bercerita suka duka...

tapi bila saya diterima masuk USIM, N.9 pada tahun 2010....masa saya tidak cukup untuk melungkan masa bersama...mujurlah dia faham kesibukan alam kampus...dia masih di matrikulsi untuk tahun kedua kerana dia mengambil kursus sains...padahal kami berada di tempat yang lebih dekat berbanding dulu....mungkin saya yang berubah...tak suka keluar rumah, sebab dulu saya jarang mendapat kebenaran untuk keluar jauh...mungkin sebab itu saya makin kurang keluar berjumpa dia....ini kerana ketika di MMP saya tinggal di rumah kami (keluarga) di Binjai...tapi setelah abah saya pencen...kami berpindah ke kampung yang perjalanannya 2 jam untuk ke ibu negeri....

saya memohon maaf kerana sering menolak temujanji...tapi tidak bermakna saya dah lupakan kenangan kita..sis...i...u..saya....awak....antara panggilan yang kita guna....lau orang lain dengar macam pelik je....hahaha....hubungan kita seperti adik-beradik...tapi jangan pula kakak-kakak dan adik-adik ku terasa hati.....kerana kamu semua tetap ratu di hati..dan seorang lagi teman saya di USIM, jangan terasa hati ye..hehehe...LOVE YOU ALL...

sis....saya ada satu je gambar u....itu pun masa saya sem 2...hehehe....dan terima kasih sebab datang majlis hari tu....lawa sis hari tu...makin lawa...hahaha...tapi sayang.....saya lupa nak ambil gambar gadis ayu berbaju biru muda....hahaha...k la....sis t sampaikan salam pada mama, ayah, k.siti, irah n semua skali ye .....hehe....termasuk ZAINAB...

ikuti sambungan part kedua untuk tahu lebih lanjut siapa teman saya di USIM.... (^_^)



Saturday, October 19, 2013

CiNTa..



bila berbicara tentang cinta
aku malu sendiri
kerna tak bisa ku rungkaikan
indahnya tidak bisa diungkapkan
dan ketenangan dirasai

SUBHANALLAH
indahnya rasa cinta itu
tiada yang terindah
melainkan kurniaan-Mu


cinta...
dicintai dan mencintai
untaian yang panjang
tiada pengakhiran cinta
kerana cinta itu muhibbah

cinta itu hadir tanpa disedari
malu, takut, cemburu, rindu, dan bahagia
hadirnya untuk meraikan cinta

bila cinta ku hampiri
aku malu pada diri sendiri
kerana takut aku hanyut
namun ku cemburu pada angin
yang menyapa cinta
rindu itu bertasbih
dalam sujud ku pinta untuk cinta
rindu itu jualah menggembirakan
cinta sentiasa bertasbih dalam sujudku


cinta yang paling hampir
cinta ILAHI
bertasbih meratib asma'-Nya
dek kerinduan
rintihan, luahan rasa pada-Nya
tenang bila meluahkan
pada yang benar-benar mencintai dan dicintai