Tuesday, July 9, 2013

SeLaMaT dAtAnG yA rAmAdHaN....


cepatnya masa berlalu tak terasa...kini sudah berada di awal bulan Ramadhan...sudah dua minggu rupanya mahanis berada di kampung...tapi terasa baru pagi tadi tiba di kampung halaman...teringat pula ketika semester pertama di uni....mahanis berpuasa buat kali pertama jauh dari keluarga...baru terasa beruntung sebab ada yang sudi masak untuk sahur...

ketika di kolej kami tak dibenarkan untuk memasak sendiri....jadi...ada sahabat2 mahanis ambil peluang ni untuk membantu sambil mencari seringgit dua...mungkin pada mulanya tak nampak keikhlasannya...tapi sekarang baru mahanis dapat lihat betapa sahabat2 tersebut mendapat pahala dalam pekerjaan...kerana mereka memudahkan para pelajar di kolej untuk mencari makanan sahur...betapa besarnya jasa mereka bagi menghidupkan sunnah Rasulullah SAW iaitu bersahur...

pada pengalaman mahanis, kadang-kadang ada yang memandang remeh terhadap sunnah untuk bersahur..kerana bagi mereka niat untuk berpuasa sudah cukup syarat untuk berpuasa...manakala ada juga yang hanya bersahur untuk puasa Ramadhan sahaja...sebenarnya ada benar pandangan mereka...tetapi perlu sedikit penambahan...iaitu sahur bukan sahaja untuk bulan Ramadhan...bahkan juga untuk bulan-bulan lain yang tidak diwajibkan untuk berpuasa...banyak hikmah yang tersimpan mengapa sahur digalakkan, antaranya ialah:

1) dapat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
2) dapat menjauhi amanlan puasa bangsa yahudi, puasa tanpa bersahur.
3) membekalkan tanaga untuk beribadat kepada Allah SWT.
4) meingkatkan keikhlasan untuk beribadat kepada Allah SWT.
5) menghilangkan perasaan marah ketika beribadat.
6) doa semasa sahur amat mustajab di sisi Allah SWT.
7) semasa bersahur kita akan mengingati Allah SWT kerana kita bangun bersahur sebagai permulaan melakukan ibadat kepada Allah SWT.
8) dapat membuka pintu2 rezeki kerana pintu2 rezeki di buka bagi orang2 yang berpagi-pagian

malam ini...malam pertama umat Islam di Malaysia berterawikh...jadi di kesempatan ini mahanis nak beri peringatan untuk diri sendiri dan para pembaca... solat terawikh adalah solat sunat...namun hadirnya hanyalah sebulan setahun...jadi marilah kita sama2 menghayati hikmah bulan Ramadhan...

p/s: ni mahanis sertakan video penyanyi kegemaran mahanis...Maher Zain (^_^)...ada tiga bahasa..jadi pilihlah yang mana disukai...

bahasa arab

bahasa melayu

bahasa inggeris