Thursday, June 27, 2013
pOn....!POn...! bALiK kAmPuNg.....(^_^)
alhamdulillah setelah hari ni mahanis bertungkus lumus mengemas untuk pindah rumah...dah lama sangat mahanis tak balik kampung jumpa adik-adik..rindunya nak bersenda gurau dengan diorang...kadang-kadang perbalahan mendekatkan hubangan....terutamanya adik beradik...kerana marah itu tanda sayang...adik beradik mahanis agak pelik sedikit sebab sebelum mahanis balik jumpa mereka....tak pernah lenkang dari bibir mereka buah tangan...bagi mahanis....mahanis suka makanan...jadi tak salahkan jika kita berkongsi apa yang kita suka kepada orang yang kita sayang....kerana sharing is caring....begitu juga ajaran Rasulllah SAW mengajar kita agar memberi apa yang kita paling sayangi kepada orang yang kita sayang...ok lah....sampai di sini sahaja mahanis menulis....nanti kita jumpa lagi...insyaALLAH....(^_^)
Monday, June 24, 2013
tAkDiR uNtUkMu...
jika dipandang kali pertama
manis senyuman kau hulurkan
semakinku kenal dirimu
bertambah sayangku padamu
sifatmu tegas namun penuh kelembutan
ada ketika ku cemburu akan kesabaranmu
ku cemburu akan senyumanmu
ku cemburu bersihnya wajahmu
ku cemburu akan segalanya tentangmu
tapi aku bahagia kerana bisa cemburu
dengan kau yang cukup istimewa
bicaramu menjadi dakwah
tintamu menjadi darah
lembaranmu menjadi pedang
katamu...hidupmu adalah untuk ALLAH
setiap perjalananmu adalah kerana-NYA
ku tersenyum saat terkenang bicaramu
namun kini...ujian-NYA untukmu
amat payah ku rasakan
bagaimana pula dirimu yang menanggung
terasa sebak terkurung
empangan air mataku tak mampu mengalir
kerana wajahmu tenang
seolah tiada yang dapat merubah
keimananmu pada-NYA
kerana itulah takdir untukmu...
Friday, June 14, 2013
NiSfU sYaAbAn...24 JuN 2013
cepat sahaja masa berlalu
seakan tidak terasa berlalunya Rejab...
kini datang pula Syaaban
padanya hikmah tersimpan
untuk kita teliti dan fahami
apakah maksud tersirat dalamnya..
nanti, Ramadhan pula bakal menyusul...
padanya ibadah yang ihklas
menjaga keimanan
menjaga hati
menjaga tingkah laku...
dan beruntunglah jika ini yang kau cari..
Seakan tidak terasa bulan Rejab berlalu, kini kita berada dalam bulan Syaaban. Sebahagian Ahli Sunnah mengatakan, sesungguhnya Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, Syaaban untuk memperbaiki diri daripada cela dan Ramadan menerangkan hati dan jiwa.
Diriwayatkan oleh Aisyah: “Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa Baginda akan berpuasa seterusnya. Dan Baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya pada bulan Syaaban.” (Riwayat al-Bukhari)
Erti Syaaban
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang Arab pada
bulan itu akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan. Bulan Syaaban adalah masa untuk berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan memasuki bulan Ramadan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan, sesungguhnya Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, Syaaban kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam celaan dan Ramadan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Amalan digalakkan pada Syaaban
Antara amalan yang digalakkan pada Syaaban adalah memperbanyakkan puasa sunat. Kitab Durratun Nasihin ada menyebut hadis yang menyatakan Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang yang beribadat kepada Allah Taala selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”
Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Malam Nisfu Syaaban
Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan zikir, membaca al-Quran kerana malam itu adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Bertaubat atas dosa pernah dilakukan terhadap Allah SWT, taubat nasuha iaitu janji tidak mengulangi dosa yang lalu dan berusaha melaksanakan janji itu dengan istiqamah. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”
Doa juga senjata umat Islam untuk berlindung daripada kejahatan. Diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasulullah SAW bersabda: “Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.”
p/s: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Syaabanberikesempatanmemperbaikidiri/Article/index_html
ini link asal untuk artikel ini. Alhamdulillah ini tulisan mahanis sendiri, dan dapat di terbitkan di Berita Harian dan Berita Harian Online. Terima kasih Semua yang telah banyak menyokong mahanis selama ni. (^_^)

Saturday, June 1, 2013
JaDi DiRi sEnDiRi?
assalamualaikum semua...
hehe...hari ni aku ada masa terluang....
sementara tunggu waktu untuk berperang...
di medan peperiksaan pada minggu hadapan...
al-kisah yang aq nak cite ialah jadi diri sendiri...
hmmmm....
aq tak tahu yang bila kita perlu jadi sendiri...
bila perlu ikut orang lain...
tapi pada pendapat aq....
tak salah untuk ikut telunjuk orang lain...
selagi ia tak menyesatkan aq...
lagi pun bila bekerja dalam kumpulan...
mestilah kita kena ikut ketua..
dan jika ada yang melencong...
tak salah untuk menyuarakan pendapat...
kerana setiap orang diberi kebebasan...
aq tetap dengan pendirian aq...
yang aq hanya mengikut peranan seorang rakan sekerja...
aq perlu ikut cara mereka bekerja..
bila dalam kumpulan lain...
jika lain caranya maka perlulah aq ikut cara mereka...
mungkin bagi insan lain aq umpama lalang...
bila ditiup ke kanan, maka ia ke kanan...
jika di tiup ke kiri, maka ia ke kiri...
apa yang nak dikisahkan apa orang kata...
cukuplah aq cuba tak menyakiti orang dengan perbuatan kita...
dan yang paling penting....peringatan untuk aq
jangan sampai ingat diri tu sangat betul...
kadang-kadang kita perlu juga ambil nasihat...
terutama dari orang yang banyak pengalaman...
p/s: aq nak mita maaf kat sume kawan2 yang setia bersama aq...
n tak pernah merungut membantu aq...tq kawan (^_^)

Subscribe to:
Comments (Atom)