Sunday, June 24, 2012

sEiRiNg SeHaLuAn - UNIC



Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar

Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita

Berpesan mengingati
Dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Demi satu kejayaan
Perlu pengorbanan
Keazaman juga ketabahan

Inilah kehidupan menuntut kesungguhan
Tak semudah indahnya khayalan
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Wednesday, June 20, 2012

PaNdAnGLaH kE LaNgiT













Saat hati ku menjerit inginkan kebebasan,
Tika itu aku tak mengerti apa kebebasan yang ku impikan,
Tapi aku masih menuntut kebebasan, 
Seperti orang bodoh,
menginginkan sesuatu yang dirinya sendiri tak mengerti,
Ku tersedar saat terbangun dari lena yang ku sangka nyata,
"Pandanglah ke langit..."
kata-kata itu menyedarkan ku erti sebenar makna kebebasan...
Di langit-Mu tuhan,
Burung bebas berterbangan,
Namun mereka tetap dalam aturan-Mu,
Bertasbih pada-Mu,
Meskipun mereka tidak punya akal,
Syukur mereka akan pemberian-Mu,
Sentiasa berlagu di tiung,
Hingga kedengaran cicipannya di telingaku,
Biarpun tak jelas di pendengaranku,
Mereka tidak endah,
Kerana zikir itu hanya untuk-Mu,
Ya Allah

Thursday, March 29, 2012

hArApAn



senda gurau yang kau hulurkan bagaikan bisa meresap ke dalam sanubari,
terasa sakitnya bisa mencabut nyawa ku
,tapi itu bukan hak mu untuk mencabut nyawaku,
siapa kau mahu tentukan hidup mati ku?
kau bukan siapa-siapa pada ku lagi,
usahlah kau mengganggu tenang ku, 
usahlah  kau menghantui hidup ku, 
biarkan aku dengan dunia ku, 
dunia ku tanpa mu, 
yang jauh lebih indah dan permai,
pergilah lkamu bersama harapan dan impian yang telah kau musnahkan, 
pergilah bersama angin yang makin jauh dari ku....
bersama masa yang telah berlalu..kenangan adalah sejarah,
harapan dan impian adalah masa hadapan...